fbpx

Sumbangan ini untuk Surau Al Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meor Chek Hussein (tengah) menyampaikan sumbangan kepada waris Allahyarham Ahmad Azza Fahmi di IPD Tapah hari ini. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas akan menyalurkan sumbangan Persatuan Pegawai Polis Bersara Malaysia (Respa) sebanyak RM13,000 untuk pembinaan surau di Kampung Poh Tambahan, Tanjung Malim dekat sini.

Menurut bapa Allahyarham, Azhar Khaiden, 54, keluarganya telah sepakat berkenaan wang sumbangan tersebut digunakan untuk menampung apa yang kurang dalam pembinaan Surau Al Fahmi yang dinamakan sempena nama arwah anaknya.

“Kami sekeluarga telah bersetuju untuk melengkapkan apa-apa keperluan yang kurang di surau itu, Insya-Allah. Jika mengikut maklumat yang saya dapat pada minggu lepas pihak pegawai daripada pejabat MB ( Menteri Besar Perak) telah turun ke Kampung Poh Tambahan untuk membuat hitam putih dengan kepimpinan kampung.

“Saya difahamkan, pembinaan itu akan bermula pada bulan depan dengan kos RM500,000 daripada kos asal sebanyak RM400,000,” katanya pada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Waris Tragedi Balai Polis Ulu Tiram di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Respa, Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi dan isteri Azhar iaitu, Nor Haliza Awaluddin, 49.

Media melaporkan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu yang mengorbankan dua anggota polis manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas premis tersebut diceroboh individu bertopeng. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI