fbpx

Shamsul Azri dilantik KSN baharu berkuat kuasa 12 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Azri

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu di mana pelantikan itu akan berkuat kuasa pada 12 Ogos ini.

Pelantikan Shamsul Azri bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos turut mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Shamsul Azri, 55, mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.

Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam serta pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd. Zuki atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan KSN.

“Ia khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi
memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI