fbpx

Rumah mewah Messi diconteng aktivis iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penunjuk perasaan bergambar di hadapan dinding yang disimbah cat sambil memegang sepanduk. - X

MADRID – Sekumpulan aktivis iklim menceroboh dan melakukan vandalisme ke atas kediaman mewah milik pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi di Pulau Ibiza, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Ahli kumpulan kempen Futuro Vegetal itu menyimbah cat hitam serta merah pada dinding, selain memecah masuk hingga ke belakang rumah berkenaan. 

Sebuah gambar yang dimuat naik di platform X memaparkan dua penunjuk perasaan berdiri di hadapan dinding yang disimbah cat sambil memegang sepanduk. 

“Tolong selamatkan bumi. Hapuskan orang kaya. Mansuhkan polis,” tulis sepanduk itu. 

Menerusi hantaran di media sosial, penunjuk perasan mendakwa bahawa rumah mewah Messi bernilai AS$12 juta (RM54 juta) itu dibina secara haram.

Protes itu dilakukan selepas laporan akhbar Sepanyol, El Diario mendedahkan bahawa beberapa orang kaya di Ibiza termasuk Messi, membina kediaman mereka secara haram di pulau Mediterranean tersebut.

Futuro Vegetal juga mengecam peranan golongan kaya yang tidak menghiraukan perubahan iklim.

“Satu peratus penduduk terkaya bertanggungjawab untuk jumlah pelepasan karbon, di mana jumlahnya sama seperti dua pertiga penduduk termiskin,” kata kumpulan itu di platform media sosial.

Aktivis juga berkata, seramai dua hingga empat orang terbunuh di kepulauan Balearic Sepanyol akibat gelombang panas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI