fbpx

Remaja lelaki ditangkap disyaki rogol pelajar 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan seorang remaja lelaki selepas disyaki merogol kenalan perempuan di sebuah rumah di kawasan Simpang Pulai di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 18 tahun itu dibuat pada pukul 11.30 malam iaitu selepas hampir satu jam laporan polis dibuat mangsa.

Katanya, mangsa berusia 16 tahun itu telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan semakan rekod lampau, suspek warga tempatan itu mempunyai satu rekod kesalahan bersabit kes jenayah.

“Suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut bermula 1 hingga 5 Ogos lalu sebelum disambung empat hari lagi berakhir Jumaat ini,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI