fbpx

Punca kematian Nur Farah Kartini masih belum diperoleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah Kartini

PETALING JAYA – Punca kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh pada bulan lalu masih belum dapat disahkan sehingga ke hari ini.

Ia berikutan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat masih dalam tindakan pihak hospital.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu pihak hospital untuk mengeluarkan laporan lengkap analisis bedah siasat itu.

“Kita (polis) belum terima (laporan bedah siasat) daripada pihak hospital,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis (IPD petaling Jaya) di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Untuk rekod, bedah siasat ke atas Nur Farah Kartini sebelum ini dilakukan di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan anggota polis, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, bekas penuntut UPSI di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, di sini antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

15 Julai lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI