fbpx

Pingat Olimpik Paris 2024 boleh beli ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pingat Sukan Olimpik Paris 2024 dipercayai replika yang dijual secara dalam talian.

PETALING JAYA – Pingat Sukan Olimpik Paris 2024 kini dijual secara dalam talian pada harga serendah RM75.20 di platform e-dagang terkenal.

Tinjauan Kosmo! di platform e-dagang mendapati terdapat tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa replika dijual pada harga berbeza.

Harga bagi pingat gangsa adalah RM75.20, perak (RM79.90), manakala emas pula berharga RM84.50.

Peminat sukan berprestij itu juga boleh mendapatkan ketiga-tiga pingat tersebut pada harga RM225.

Menerusi rekod pembelian yang dipaparkan, sebanyak sembilan pingat telah terjual setakat ini.

Semakan Kosmo! di ruangan maklum balas pembeli mendapati terdapat seorang pelanggan berpuas hati selepas menerima pesanan pingat emas dalam keadaan baik.

“Good (baik). dapat memiliki satu lagi pingat emas untuk dibuat koleksi,” kata pembeli itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI