fbpx

Pesara bungkus kad ATM, tulis kata laluan serah kepada scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KLUANG – Tindakan seorang pesara kerajaan menyerahkan kad ATM beserta nombor kata laluan yang dibungkus sebelum ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak di kawasan kediamannya mengundang padah apabila mengalami kerugian RM140,000.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kerugian dialami warga emas berusia 74 tahun itu gara-gara panik selepas menerima panggilan daripada seorang scammer yang menyamar sebagai anggota polis pada 24 Jun lalu.

Menurutnya, suspek menghubungi mangsa memaklumkan lelaki itu terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram dan memintanya untuk buat bayaran RM2,000 untuk selesaikan kes.

“Mangsa yang tidak tahu cara untuk buat bayaran tersebut kemudian diarahkan untuk menyerahkan kad ATM bank miliknya beserta kata laluan.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membungkus kad ATM bank tersebut dengan kata laluan dan tinggalkannya di taman permainan kanak-kanak berdekatan rumah warga emas berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahrin, mangsa kemudian menerima panggilan daripada nombor telefon yang sama pada 1 Julai lalu mengarahkannya untuk memasukkan RM180,000 ke dalam akaun bank milik warga emas berkenaan untuk tujuan tidak pasti.

Ujarnya, mangsa juga telah diugut akan ditangkap oleh pihak polis jika tidak mematuhi arahan. Oleh kerana takut, mangsa terus pergi ke bank cawangan Kluang dan memasukkan RM140,000 ke dalam akaun miliknya.

“Beberapa hari kemudian mangsa membuat semakan akaun bank dan mendapati pengeluaran wang secara tunai melalui mesin ATM daripada akaun miliknya berjumlah RM140,000 di lokasi yang tidak pasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI