fbpx

Penjaga adik Zayn Rayyan diputuskan minggu depan – JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik kepada Zayn Rayyan kini berada di bawah jagaan pihak JKM Selangor.

PETALING JAYA – Penjaga kepada adik kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Zaim Ikhwan akan diketahui selewat-lewatnya minggu hadapan.

Walau bagaimanapun Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim berkata, penjaga terpilih berkemungkinan akan diberikan tempoh percubaan terlebih dahulu.

“Kita jangkakan perintah percubaan dahulu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Ketika disoal sama ada penjaga berkenaan terdiri dalam kalangan keluarga ibu atau bapa Zayn Rayyan, beliau memaklumkan ia belum dapat dikongsikan lagi.

“Maaf tak boleh. Sebab kita kena bawa (maklumat penjaga dipilih) ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak terlebih dahulu untuk dapatkan keputusan.

“Nanti Menteri KPWKM (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan beri kenyataan penuh,” tambahnya.

Kosmo! pada 14 Jun lalu melaporkan JKM memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan terhadap adik kepada Zayn Rayyan.

Perintah jagaan itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI