fbpx

Pengasuh ditahan bantu siasatan kanak-kanak dua tahun meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan pengasuh wanita bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di bawah jagaannya, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan terhadap wanita berusia 30 tahun itu dibuat selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

Katanya, punca kematian itu diperoleh selepas bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 10.45 pagi tadi.

“Kelmarin, polis daerah Ipoh menerima satu laporan daripada bapa kanak-kanak berusia 26 tahun yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri selepas jatuh di atas lantai di rumah pengasuh.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut namun dia disahkan meninggal dunia pada pukul 11.10 malam, semalam,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI