fbpx

Olimpik Paris: Zii Jia ikrar kembali gegarkan LA2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berjaya menyumbang pingat kedua buat kontinjen negara selepas memenangi gangsa pada Olimpik Paris. - OCM

PEMENANG pingat gangsa perseorangan lelaki Olimpik Paris, Lee Zii Jia mengakui dia sempat keliru dengan kemahuan diri sama ada mahu membawa pulang pingat gangsa ataupun tidak sebaik sahaja gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Menurutnya, kekalahan ketika menentang pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada perlawanan separuh akhir memberi tamparan hebat ketika impiannya adalah untuk membawa pulang pingat emas pertama untuk Malaysia.

“Secara jujur, selepas aksi separuh akhir, saya tidak tahu nak pingat ini (gangsa) ataupun tidak kerana matlamat saya adalah emas. Selepas kalah perlawanan itu, rasa seperti ditampar Kunlavut (Vitidsarn) dan rasa kosong.

“Pada perlawanan hari ini (kelmarin), memang rasa kosong dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bagaimanapun, saya berjaya bangkit kerana fikir ia akan memberi impak cukup besar kepada saya jika kalah,” ujarnya.

Bagaimanapun, bintang badminton negara itu mengakui bahawa sasarannya selepas ini adalah pada saingan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) untuk meneruskan misinya meraih pingat paling diidamkan itu.

Zii Jia berkata, pingat gangsa yang dimenangi pada Olimpik Paris sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepadanya bagi merealisasikan harapan untuk merangkul emas pada LA208.

“Bagi saya, kita sudah pun memiliki ramai pemenang pingat gangsa dan perak dalam Sukan Olimpik, cuma yang kurang adalah pingat emas. Mungkin orang lain tidak rasa apa-apa, tetapi ini (gangsa) adalah pembakar semangat untuk perjalanan saya.

“Sudah tentu saya akan kembali pada LA2028 nanti dan terus berusaha untuk mencapai sasaran tersebut (emas) untuk diri sendiri serta Malaysia,” katanya yang melakukan penampilan kedua di pentas Olimpik selepas edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Kelmarin, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu menghadiahkan pingat kedua negara di Olimpik Paris apabila meraih gangsa selepas menewaskan Lakshya Sen dari India dalam aksi tiga set 13-21, 21-16, 21-11.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI