fbpx

Olimpik Paris: Aniq perlu guna peluang sebaik mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ berpeluang untuk meraih pingat di Olimpik Paris berdasarkan perbezaan angkatan terbaiknya dan angkatan yang perlu dilakukan untuk berkedudukan pingat.

ATLET angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan akan memulakan cabaran pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila turun beraksi dalam kategori 61 kilogram (kg) yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap atlet berusia 22 tahun itu meskipun ini merupakan penampilan sulungnya di pentas Olimpik.

Beliau berkata, Aniq perlu menganggap Olimpik Paris sebagai penampilan terakhirnya pada temasya sukan terbesar dunia itu dalam usaha menaikkan semangatnya bagi memburu kedudukan podium.

“Ini adalah kali pertama Aniq layak beraksi di Olimpik, sudah tentu dia menggalas tanggungjawab yang besar dan merasai tekanan bagi membuktikan angkat berat ini mampu membawa nama malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya selaku presiden katakan kepada Aniq bahawa jangan anggap kita ada peluang lagi untuk Olimpik akan datang. Anggap ini adalah penyertaan yang terakhir kerana mahu atau tidak, kita perlu buat yang terbaik,” katanya.

Pada saingan sukan angkat berat yang akan berlangsung di Paris Expo Porte de Versailles itu, Aniq perlu melakukan angkatan keseluruhan sekurang-kurangnya antara 302kg dan 305kg bagi mencerahkan peluang mengutip pingat.

Ketika ini, catatan terbaik pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu adalah 296kg yang juga merupakan rekod kebangsaan bagi kategori 61kg.

“Saya selalu ingatkan dia supaya jangan anggap cabaran dan tekanan itu membebankan diri. Kita sudah berada di peringkat tertinggi sekarang ini, jadi tunjukkan bahawa kita boleh lakukan sesuatu yang luar biasa,” ujar Ayub.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI