fbpx

[VIDEO] ‘Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

PETALING JAYA – “Kalau mahu banteras (rasuah) serta impak besar, ambil tindakan daripada atas (pemimpin atasan).”

Demikian kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam perkongsian video di laman sosialnya.

Jelas beliau, tindakan tegas perlu diambil bermula daripada pemimpin supaya anggota serta pekerja bawahan mereka takut untuk membolot rasuah.

“Yang bawah kita ambil tindakan tetapi jika yang atas diambil tindakan, yang bawah akan takut. Kalau atas dibiarkan, maka yang bawah akan bermaharajalela.

“Dalam aspek agama, kita akan rasa takut untuk ambil rasuah dan amat mendukacitakan orang Islam anggap rasuah seperti budaya, tidak salah.

“Inilah salah satu sebab sampai sekarang, rasuah adalah isu besar dan saya kategorikan sebagai musuh nombor satu negara. Jika dahulu dadah musuh nombor satu negara, sekarang rasuah,” katanya.

Menurut Ayob, rasuah dalam sektor awam juga semakin menjalar ekoran pemimpin baharu yang dipilih juga ‘sealiran’ dengan pemimpin sebelumnya bagi memastikan kepentingan diri terjaga walaupun sudah pencen.

“Kalau bos makan rasuah, yang dilantik pun makan rasuah juga. Pakat-pakat makan rasuah kalau boleh sebelum matilah.

“Itu kita perlu pastikan rasuah ini dibanteras. Pastikan pemimpin mahupun mereka yang dilantik, betul (tidak makan rasuah),”jelasnya.

Ujarnya, budaya menerima rasuah perlu dihentikan segera kerana ia merosakkan negara dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

“Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI