fbpx

Mutu perbahasan Dewan Rakyat dipertingkat guna sistem digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan selepas melakukan lawatan kerja ke DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Urusan Dewan Rakyat serta mutu perbahasan Ahli-ahli Parlimen pada persidangan dewan itu akan terus dipertingkatkan menerusi penggunaan sistem digital terkini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, perkara itu membolehkan urusan dalam dewan termasuk berkaitan soalan-soalan daripada wakil rakyat menjadi lebih cekap, selain menjimatkan kos.

Katanya, beliau melihat Kedah dan Selangor menjadi antara negeri yang menggunakan sistem pendigitalan yang berkesan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Apa yang diperkenalkan di Kedah, soalan-soalan akan dimasukkan secara terus ke dalam sistem, jadi ia lebih cepat. Idea daripada Kedah itu saya bawa dan sepadankan dengan urusan di Parlimen.

“Urusan melibatkan soalan-soalan tambahan dan pemberian jawapan semasa persidangan juga menjadi lebih cepat. Kalau zaman dulu mungkin tiga minggu baru dapat jawapan, sekarang ini boleh dapat dengan segera,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke DUN Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Kata beliau, sistem pendigitalan dalam dewan menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Kuching, Sarawak pada 11 hingga 14 September depan.

Pada Januari lalu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan sistem eHantar merupakan salah satu usaha terkini Parlimen untuk mendigitalkan urusan dewan serta meningkatkan mutu perbahasan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Melalui sistem itu, pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), serta usul Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 boleh dihantar melalui sistem eHantar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI