fbpx

Murid Orang Asli di Gua Musang terima bantuan YPM RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) bersama murid Orang Asli SK Pulat, Pos Pulat Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN YPM

GUA MUSANG – Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyalurkan peruntukan sebanyak lebih RM200,000 bagi membantu murid-murid Orang Asli yang memerlukan di kawasan pedalaman daerah ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, bantuan itu turut disampaikan ke beberapa lokasi di pos pedalaman Orang Asli melalui program bersama penduduk setempat.

Katanya, program yang dianjurkan berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan khusus kepada pelajar bumiputera B40 dan asnaf di daerah ini.

“Bantuan YPM bukan sahaja disampai di daerah ini, sebaliknya ia melibatkan penerima di seluruh Kelantan. Seramai 2,314 pelajar bumiputera sudah menerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM275, 675 bermula Januari sehingga Julai lalu.

“Dana sebanyak RM18,900 sudah diperuntukkan di kawasan pedalaman Orang Asli melibatkan 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dan 46 murid SK Pulat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI