fbpx

Modal melabur RM655,109 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM655,109.80 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud ditawarkan individu bernama Tan Teng Boo.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa yang berusia 73 tahun mula mengenali suspek pada pada 26 Jun lalu.

Katanya, mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan dimaklumkan suspek yang menjanjikan pulangan sehingga 90 peratus daripada jumlah pelaburan.

“Mangsa kemudian membuat sembilan transaksi kewangan ke dalam lima akaun berbeza antara 2 Julai hingga 30 Julai lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM655,109.80.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila keuntungan yang dipaparkan atas talian tidak boleh dikeluarkan kerana akaun berkenaan telah disekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI