fbpx

Merudum lepas kahwin itu lumrah setiap penyanyi – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem reda dengan asam garam dunia seni muzik termasuk kini namanya semakin malap terutama selepas mendirikan rumah tangga.

PETALING JAYA – Nama merudum selepas berkahwin, penyanyi Haqiem Rusli mengakui hakikat tersebut yang disifatkan sebagai pasang surut seorang penggiat seni.

Pun begitu, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, berkata, dia enggan menyerah kepada nasib, sebaliknya tampil dengan strategi serta karya berkualiti agar kekal relevan.

“Nama merudum selepas berkahwin bagi saya lumrah dihadapi setiap penyanyi yang akan sedikit terkesan pada satu tahap selain turut beri impak terhadap kerjaya.

“Saya buat kajian, bukan saya sahaja mengalami turun naik seperti itu bahkan situasi sama berlaku kepada hampir semua penyanyi tetapi sebagai anak seni, kita kena teruskan berjuang.

“Perlu lebih kreatif dan strategi, kena ada satu kesedaran dan tanggungjawab untuk kekalkan nama relevan dalam industri dengan terus hasilkan karya buat peminat,” katanya dalam sebuah video temu bual.

Kata pelantun lagu Tergantung Sepi itu, dia lega apabila kisah sensasi membabitkan isterinya, Anis Sofea semakin kurang diperkatakan netizen.

“Sebagai orang dikenali perkara itu memang tidak boleh lari, tapi apa yang berlaku saya anggap mereka cuma beri nasihat sahaja, baik kasar atau lembut, saya terima semua itu dengan hati terbuka.

“Tetapi saya lebih hormat orang tegur secara bersemuka, jangan hanya dalam media sosial saja atau kalau saya dan sesiapa di sekeliling saya buat silap, terus ‘call’ atau mesej saya terus.

“Dengan cara sebegitu, kita tak buka ruang untuk orang lain turut sama naik mencaci maki,” luahnya.

Haqiem menikahi usahawan, Anis pada 19 November 2021 dan masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI