fbpx

Man. United ada calon baharu, henti kejar Ugarte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UGARTE menjadi pilihan United, namun keengganan PSG menurunkan harga menyebabkan The Red Devils mengalihkan tumpuan mereka. - AFP

MANCHESTER – Manchester United mengalihkan perhatian kepada alternatif lain untuk pemain tengah selepas rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain Paris Saint-Germain, Manuel Ugarte berdepan kesukaran.

Ketika pemain mereka, Casemiro dijangka berhijrah ke Liga Arab Saudi, The Red Devils telah membuat keputusan untuk mendapatkan Ugarte dan pasukan perunding mereka telah memulakan perbincangan bersama PSG.

Kelab gergasi Ligue 1 itu meminta bayaran sekitar €60 juta (RM 293.06 juta) yang menyamai jumlah yang sama ketika PSG membayar nilai perpindahan Ugarte daripada Sporting Lisbon pada Julai tahun lalu.

Penganalisis perpindahan, David Ornstein mendedahkan bahawa The Red Devils telah menarik diri dari rundingan mereka bersama PSG selepas mereka tidak bersetuju dengan tanda harga berkenaan dan tidak menilai Ugarte dengan jumlah tersebut.

Kini, United telah menyenaraikan empat pemain lain sebagai alternatif kepada Ugarte dengan Martin Zubimendi menduduki senarai teratas selepas berjaya membina reputasi hebat dengan Real Sociedad dan Sepanyol dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Terdahulu, Arsenal meminati Zubimendi, namun The Gunners tidak pernah berjaya mencapai kesepakatan untuk pemain berusia 25 tahun itu sekali gus telah menyebabkan mereka beralih kepada rakan sepasukan Sociedadnya, Mikel Merino.

Selain Zubimendi, tiga pemain lain iaitu Sander Berge dari Burnley, Adrien Rabiot dan Joey Veerman dari PSV turut berada dalam senarai yang mungkin akan dipertimbangkan oleh United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN