BANGKOK – Seorang penduduk Hatyai, wilayah Songkhla diberkas kerana memiliki 44 batang rokok elektronik (vape) mengandungi ganja, lapor laman berita Pattaya Mail semalam.
Suspek ditemui bersama 44 vape bernilai 167,200 baht (RM21,054) di sebuah kedai ganja di Hatyai.
Siasatan mendapati, suspek mengendalikan kedai ganja tetapi menjual vape ganja secara haram kepada orang ramai di bandar itu.
Operasi penyamaran telah dijalankan dengan seorang pegawai menyamar sebelum serbuan dilakukan.
Selepas berjaya membeli, anggota-anggota polis yang berada di sekitar kawasan itu bergerak masuk untuk menjalankan penggeledahan.
Mereka mengesahkan vape yang dijual mengandungi ganja dan ia dijual pada harga hampir 4,000 baht (RM503) setiap satu.
Suspek mengaku menjual produk berkenaan dan ia dirampas sebagai bahan bukti. – AGENSI
.