fbpx

Lelaki dipenjara 35 tahun bunuh bekas tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas pembantu kedai tayar dipenjara 35 tahun dan dikenakan 12 sebatan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman mati kerana membunuh bekas tunangnya yang akan berkahwin dengan lelaki lain, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan permohonan semakan Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hanipah Farikullah memerintahkan banduan akhir itu menjalani tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap pada 14 April 2015.

Lelaki itu disabitkan membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22, di kawasan parkir motosikal di Pasaraya Econsave di Jalan Mersing, Kluang, Johor antara pukul 5.40 petang dan 5.45 petang pada 10 April 2015.

Terdahulu, peguam Mohd. Radzi Yatiman memohon hukuman mati diketepikan atas alasan kejadian itu berlaku secara spontan kerana perselisihan faham ekoran tunangnya nekad memutuskan hubungan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai membantah permohonan semakan atas alasan kejadian itu dirancang apabila Muhammad Irshaduddin mencari wanita tersebut yang ketika itu sedang berehat di tempat kerjanya.

Keterangan kes menyatakan, seorang saksi pendakwaan yang bekerja di pasar raya itu melihat Muhammad Irshaduddin berbual dengan mangsa berhampiran kawasan parkir motosikal dan satu pergaduhan berlaku antara kedua-duanya.

Muhammad Irshaduddin memegang kepala mangsa dan menghentakkannya ke atas motosikal sebelum menikam badan Nursyafikah.

Ketika membela diri, Muhammad Irshaduddin berkata, dia tidak berniat menikam mangsa sehingga mati, sebaliknya hanya mahu mencederakan Nursyafikah selepas marah dengan kata-kata diucapkan wanita itu kepadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI