fbpx

Lelaki dibaham buaya selepas terjatuh ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa tergelincir ke dalam air sebelum dibaham oleh seekor buaya. - News 7

CANBERRA – Seorang lelaki di Australia mati akibat dibaham buaya selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an, dilaporkan sedang memancing ikan di tebing sebatang sungai yang dikenali sebagai ‘lubuk buaya’, berhampiran Cooktown di Queensland. 

Dia kemudian tergelincir ke dalam air sebelum dibaham seekor buaya. 

Menurut pegawai polis, mangsa dipercayai sedang bercuti bersama keluarganya menggunakan karavan atau kenderaan rekreasi (RV) dan berhenti berhampiran Jambatan Sungai Annan. 

“Kami sedang mencari mayat mangsa berhampiran sungai itu,” kata polis. 

Pegawai kanan pemuliharaan, Daniel Guymer berkata: “Sebarang maklumat dan bukti berhubung aktiviti haram seperti memberi makan buaya secara tidak sah di lokasi itu, akan disiasat oleh pegawai hidupan liar kami.

“Pegawai hidupan liar sedang mengalihkan reptilia itu dari sungai dan akan menyerahkannya kepada Perkhidmatan Polis Queensland,” tambah Guymer. 

Selain merupakan tempat memancing yang popular, lokasi itu juga dipenuhi dengan habitat buaya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI