fbpx

Kumpulan pelaksana ‘gomen’ bakal nikmati kenaikan gaji sehingga 42.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Penjawat awam daripada kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diumumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, bermula minggu hadapan, setiap penjawat awam akan mendapat gambaran secara umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka 15 hingga 42.7 peratus.

Beliau berkata, peningkatan ini (kadar gaji baharu) bagi kumpulan pelaksana adalah paling tinggi, manakala bagi kumpulan penjawat awam seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah pula adalah lebih sederhana.

“Untuk perincian terutama daripada aspek jumlah yang perlu diperuntukkan bagi kenaikan gaji bagi penjawat awam, perinciannya dapat kita teliti dalam dokumen Belanjawan 2025 nanti.

“Namun, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini diingatkan ada beberapa aspek yang melibatkan implikasi kewangan.

“Perkara itu bukan hanya perlu di bawa ke Jemaah Menteri tapi juga dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober nanti di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Katanya, SSPA ini adalah usaha Kerajaan Madani untuk pastikan penjawat awam menikmati kenaikan pendapatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI