PEMBELAJARAN bahasa yang efektif memerlukan penguasaan kemahiran berbahasa yang padu untuk membuahkan hasil diingini. Kemahiran berbahasa yang dimaksudkan adalah membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Namun, antara keempat-empat kemahiran ini, yang mana satukah sepatutnya didahulukan? Menurut Ibn Khaldun, objektif akhir sesuatu pembelajaran bahasa adalah kebolehan berkomunikasi secara lisan dengan baik. Beliau mendefinisikan bahasa sebagai suatu alat untuk meluahkan perasaan, pendapat, kehendak serta keperluan seseorang secara lisan. Kebolehan bertutur mengikut standard Ibn Khaldun dinamakan ‘malakah’ iaitu kebolehan bertutur yang kedengaran seperti penutur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya