fbpx

‘Kalau saya mati, anak lelaki kena imamkan solat jenazah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Sulaiman berharap anak lelaki tunggalnya, Rees mampu mengimamkan solat jenazah apabila ajalnya sampai nanti suatu hari nanti.

PETALING JAYA – Pelakon Azhar Sulaiman berhasrat anak lelaki tunggalnya, Andika Rees Pahamin mengimamkan solat jenazah andai tiba ajalnya suatu masa nanti.

Katanya, sebelum ini dia tidak dapat menunaikan bakti terakhir buat arwah bapanya, sekali gus perkara itu mendorongnya mengajar Rees mempelajari rukun sembahyang sunat jenazah sebagai persediaan pada masa akan datang.

“Behar (panggilan Azhar) tiada di Malaysia ketika arwah bapak meninggal (dunia) dulu dan tak tahu pun macam mana nak buat solat jenazah.

“Jadi sekarang Behar kena ajar Rees menjadi imam untuk sembahyangkan Behar nanti kalau mati secara normal,” katanya menerusi perkongsian Instagram.

Dalam hantaran sama, aktor senior berusia 53 tahun itu turut berkongsi petikan daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan anak lelaki wajib mengimamkan jenazah bapa.

“Anak lelaki wajib sembahyangkan jenazah ayah mereka sendiri menurut Ustaz Azhar Idrus,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji langkah bapa kepada tiga cahaya mata itu dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anaknya.

Bahkan, ramai mendoakan agar keinginan Azhar dilancarkan dan dipermudahkan Allah.

“Semoga hajat abang Azhar dimakbulkan. Semoga Rees jadi anak berjasa kepada ibu bapa dunia dan akhirat,” tulis netizen.

Rees, 22, adalah kembar kepada pempengaruh popular, Kasih Iris Leona dan mempunyai seorang kakak, Kasih Leia Ixora, 26. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI