fbpx

Jualan Proton X50 2024 kembali mengukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melalui gabungan ciri-ciri canggih, nilai yang baik dengan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, model X50 2024 dijangka terus menjadi pilihan utama bagi peminat SUV kompak.

PETALING JAYA – Proton X50 2024 yang dikemas kini dan baru dilancarkan sejak dua bulan lalu telah mendapat sambutan yang baik daripada peminat kende­raan khususnya kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan mencatat jualan sebanyak 2,585 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, melalui prestasi jualan tersebut, model X50 yang merupakan SUV premium segmen B itu telah kembali mengukuhkan kedudukannya dan kini berada pada senarai teratas dalam kelasnya selain mengekalkan statusnya sebagai SUV kompak kegemaran Malaysia.

Menurut beliau, model tersebut mula dilancarkan pada 27 Oktober 2020 dan hampir 120,000 unit telah terjual menjadikan ia sebagai SUV yang paling cepat terjual dalam sejarah automotif Malaysia.

“Walaupun menghadapi persaingan sengit daripada pesaing baharu dari Jepun dan China, model ini berjaya memperoleh pegangan pasaran sebanyak 10.3 peratus dalam segmen SUV dari Januari hingga Jun 2024,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Roslan menjelaskan, model X50 telah melebihi kenderaan lain dalam segmen pasaran yang sama dan menonjolkan kepercayaan pelanggan terhadap tawaran Proton.

Tambah Roslan, meman­dangkan prestasi jualannya yang kukuh, model Proton X50 2024 itu telah berjaya memberi kesan positif kepada pelbagai demografik dan menarik perhatian pembeli lelaki dan wanita seca­ra sama rata.

Jelasnya, lebih daripada 60 peratus pelanggan berumur antara 26 hingga 50 tahun yang terdiri daripada profesional muda dan mereka yang berkeluarga telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap model berkenaan.

“Prestasi jualan Proton X50 2024 pada bulan Julai adalah bukti kepada usaha keras dan dedikasi seluruh pasukan di Proton yang peka terhadap maklum balas pelanggan.

“Gabungan prestasi, ke­selamatan dan ketersambungan model telah menerima maklum balas yang baik daripada pe­langgan kerana ia telah meme­nuhi keperluan mereka.

“Proton telah membuat penambahbaikan dalam pengeluaran tempatan dan sentiasa mengutamakan pelanggan bagi memastikan Proton X50 kekal di hadapan pesaing,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI