fbpx

Hina pesakit kulit, netizen cari ‘Sabarudin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan pesakit kulit berkenaan di TikTok.

PETALING JAYA – “Spesies macam ni tak payah pakai minyak wangi. Bau kulit dia pun dah syahdu.”

Itu komen biadab ditinggalkan seorang lelaki terhadap pesakit kulit sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menerusi ruangan komen pada video yang dikongsikan Muhammad di TikTok, dia memaklumkan dirinya menghidap Ichthyosis sejak lahir.

Paparan video itu juga menunjukkan reaksi Muhammad yang kelihatan sedih dengan komen yang dibuat pengguna bernama Sabarudin terhadapnya.

“Tidak semua manusia sempurna,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan komen tidak beretika lelaki tersebut, malah ada yang berharap agar dia menerima balasan kelak.

“Hilang sabar aku dengan kau ni Sabarudin,” kata @yaya.

“Terpaling sempurna betul la si Sabarudin ni. Ya Allah, hilang sabar aku!,” luah @miingg.

“Cakap macam tu, sabar mat. Tunggu masa Allah balas balik dekat orang tu,” kata seorang lagi pengguna.

Dalam masa sama, ada pengguna yang menafikan kenyataan lelaki berkenaan.

“Setahu saya orang sakit kulit macam abang ni tak ada bau pun. Biasa la bang manusia kalau dah hati busuk sampai dia bernafas pun sentiasa busuk,” komen @Jamaludin Alun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI