fbpx

Harga diesel turun 5 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga baharu itu bagi tempoh seminggu bermula esok sehingga 14 Ogos depan.

“Penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah
selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan
mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, harga harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter.

“Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI