fbpx

Gallagher setuju sertai Atletico Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GALLAGHER membuat keputusan bersetuju menyertai Atletico biarpun pada awalnya mahu terus kekal di Stamford Bridge. - AFP

MADRID – Pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Atletico Madrid sekali gus mengakhiri spekulasi dan keraguan awal mengenai minat pemain antarabangsa England itu terhadap perpindahan tersebut.

Chelsea menerima tawaran £33 juta (RM187.62 juta) daripada kelab Sepanyol itu minggu lalu sebelum Gallagher mengesahkan bahawa dia bersetuju dan gembira untuk melakukan perpindahan tersebut pada Ahad.

Produk Akademi Chelsea itu kini dijangka akan terbang dan melengkapkan ujian perubatan serta menandatangani kontrak bersama Atletico sekali gus akan mengakhiri tempoh 18 tahunnya di Stamford Bridge.

Chelsea telah menawarkan kontrak dua tahun dengan pilihan untuk tambahan satu tahun, tetapi ia dianggap tidak menguntungkan Gallagher kerana tempoh kontrak yang pendek dan peranan dalam skuad yang kurang.

Gallagher menganggap bahawa dia tidak akan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan di bawah pengurus baru, Enzo Maresca selain dipercayai tidak sesuai dengan gaya permainan penguasaan bola yang diterapkan oleh pengurus tersebut.

Sementara itu, Maresca menjelaskan bahawa Chelsea terpaksa menjual pemain daripada akademi ekoran peraturan kewangan Liga Perdana dan penjualan itu akan membantu mereka menyeimbangkan akaun kelab.

“Ini adalah peraturan. Bagi semua kelab pada masa ini hampir wajib mereka terpaksa menjual pemain dari akademi kerana peraturan. Bukan hanya kami, ia adalah semua kelab,” kata Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI