fbpx

Duit pasukan badminton Indonesia RM262,000 dicuri di Paris 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI), Armand Darmadji. - Facebook

PARIS – Pasukan badminton Indonesia mengalami kerugian berjumlah 950 juta rupiah (RM262,780) apabila beg yang menyimpan wang tunai itu dicuri selepas ditipu oleh sindiket tayar pancit, lapor laman berita Mothership semalam. 

Menurut Pengurus Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI), Armand Darmadji, beg miliknya yang hilang itu mengandungi wang tunai, kad kredit dan pasport. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan) di Paris pada 5 Ogos lalu. 

“Wang tunai itu adalah elaun pasukan yang diperuntukkan untuk penginapan sepanjang berada di Sukan Olimpik Paris,” kata Armand. 

Kecurian berlaku apabila seorang individu memaklumkan salah satu tayar belakang kereta sewa yang dinaiki Armand bersama rakan sekerjanya, Puspa Irawati, pancit. 

Disebabkan itu, Armand keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan tayar tersebut, manakala Puspa membeli keperluan pasukan di sebuah kedai berhampiran. 

Selepas melaporkan isu itu kepada pihak sewa kereta, Armand yang kembali ke tempat duduknya mendapati bahawa begnya telah hilang. 

Pengurus pasukan telah membuat laporan kepada polis tempatan dan Kedutaan Indonesia di Paris. 

Pihak berkuasa Paris sedang menjalankan sisatan untuk membongkar sindiket kecurian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI