fbpx

Dua beranak termasuk OKU melecur rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.

KLANG – Dua beranak termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) melecur ketika menyelamatkan diri selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Delek Baru di sini, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa lelaki berusia 30 dan 70an tersebut masing-masing melecur tangan kiri dan kaki.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7. 54 pagi berhubung kebakaran melibatkan dua buah rumah.

Katanya, seramai 22 anggota termasuk pegawai terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan, Klang Utara dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

“Seorang OKU warga emas dan anaknya telah melecur antara 10 hingga 20 peratus masing-masing di bahagian tangan kiri dan kaki ketika menyelamatkan diri.

“Mereka kemudiannya telah diberikan rawatan awal oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba Klang Selatan dan Pelabuhan Klang sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini.

Jelas beliau, kebakaran itu telah memusnahkan antara 40 hingga 70 peratus terhadap rumah yang terlibat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI