fbpx

Di sebalik kotak ‘misteri’ Olimpik Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemenangat pingat Sukan Olimpik Paris 2024 turut menerima seunit kotak yang berisi poster edisi khas (gambar belakang).

PETALING JAYA – Tanda tanya di sebalik kotak ‘misteri’ yang diraih pemenang pingat Sukan Olimpik 2024 di Paris akhirnya terjawab.

Menerusi perkongsian video di TikTok, goodymyofficial mendedahkan bahawa kotak itu mengandungi sebuah poster edisi khas dengan perincian emas, perak atau gangsa bergantung kepada pingat yang dimenangi.

Menurutnya, poster edisi khas itu dihasilkan oleh seorang ilustrator terkemuka iaitu, Ugo Gattoni.

Poster edisi khas Sukan Olimpik Paris 2024 yang dihasilkan oleh Ugo Gattoni.

“Gattoni menghabiskan lebih 2,000 jam untuk menyelesaikan karya agung itu dalam tempoh lima bulan.

“Terdapat dua bahagian untuk poster berkenaan yang mana masing-masing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik. Namun, apabila diletakkan bersama, ia membentuk satu set yang lengkap,” katanya.

Tambahnya, ilustrasi dihasilkan menggambarkan mercu tanda dan simbol Sukan Olimpik selain menggabungkan elemen masa lalu dan sekarang termasuk pergerakan ‘Art Deco’ dan rujukan kepada edisi tahun 1900, 1924 serta 2024.

Terdahulu, bintang badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Lee Zii Jia berjaya meraih dua pingat gangsa untuk kontinjen Malaysia sempena Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada upacara penyampaian hadiah, selain dikalungkan pingat, mereka juga turut menerima seunit kotak yang dianggarkan berukuran 40 sentimeter.

Lazimnya, pemenang Sukan Olimlik Paris sebelum ini akan menerima jambangan bunga dan maskot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI