fbpx

‘Depan suami, anak-anak’ – Mek Yun tergamam dipelawa jadi madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mek Yun tergamam apabila menerima ajakan spontan daripada seorang wanita untuk bermadu dengannya.

PETALING JAYA – Berdepan situasi janggal, pempengaruh dan pelakon Mek Yun tergamam tidak terkata apabila dipelawa seorang wanita untuk menjadi madunya.

Ujar Mek Yun atau sebenarnya Wee Yun Nee, 27, lebih mengejutkan ajakan secara spontan itu disuarakan individu terbabit di hadapan suami dan anak-anaknya.

“Nak cerita, semalam ada seorang kakak ini datang nak ambil gambar dengan saya.

“Lepas itu dua kali dia tanya, ‘nak jadi bini nombor dua suami saya tak? Nak jadi madu saya tak?’ sambil tunjuk arah suami dia, depan anak-anak,” katanya menerusi perkongsian dalam Threads.

Pelakon drama rantaian Perang Nasi Dagang itu juga mengakui tidak menyangka insiden sedemikian berlaku kepadanya.

Begitupun, personaliti media sosial berbangsa Tionghoa yang fasih berdialek Kelantan itu menganggap hal berkenaan sebagai gurauan.

“Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Saya cuma ketawa sambil menggelengkan kepala,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut menyelar tindakan individu terbabit yang didakwa kurang beradab sekali pun bertujuan mahu bergurau.

“Tak berapa gemar pasangan nak ‘test market’ macam ini. Sangat tidak selesa dan tidak menjaga sensitiviti semua pihak,” kata seorang netizen.

“Kalau saya jadi suami dia, saya lari terus. Dia yang tanya kita pula yang malu,” tulis seorang pemilik akaun lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI