fbpx

Calon menantu Che Ta anak orang alim, tiada media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Ta bakal merisik calon menantu sulungnya minggu depan.

KUALA LUMPUR – Bakal terima menantu pertama, pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta lega apabila anak sulungnya, Ammar Effendy memilih wanita berhijab daripada keluarga yang mementingkan agama sebagai calon isteri.

Katanya, wanita berusia lingkungan 20-an itu juga seorang yang bersederhana kerana tidak mempunyai akaun media sosial, sekali gus menggambarkan sikapnya yang tidak dahagakan perhatian.

“Saya memang teruja nak merisik bakal menantu untuk anak sulung pada minggu depan. Setakat ini, kami baru nak beli cincin tanda untuk si dia.

“Sebagai ibu saya gembira untuk dia. Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan berbahagia. Apabila dapat yang berhijab lebih mudahlah dan lagi satu dia bukan jenis main media sosial.

“Kalau sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak, selepas ini saya doakan pula rumah tangga dan jodoh terbaik buat mereka,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Kempen Merdeka Astro, di sini, hari ini.

Menurut pelakon Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka itu biarpun baru dua kali bertemu calon menantu, dia yakin pilihannya anak sulungnya itu wanita berpendidikan dan mempunyai keperibadian baik.

“Apa yang saya tahu keluarga kekasih Ammar pun baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke tanah air bahkan baru-baru ini Ammar ada bermain golf dengan bakal mentuanya.

“Pada saya, tidak kira sama ada bakal isteri bertudung atau tidak, paling penting Ammar mampu mendidik bakal teman hidupnya menjadi isteri yang terbaik.

“Saya dan suami pun sudah berjumpa bakal besan. Doakan majlis risik nanti berjalan lancar,” ujarnya.

Mengenai perancangan pernikahan anaknya, Che Ta memberi bayangan majlis berlangsung dalam tempoh setahun lagi.

“Bukan dalam tempoh terdekat, bakal besan saya mahu ‘melepaskan’ dulu anak sulung mereka, selepas itu barulah majlis perkahwinan Ammar pula menyusul.

“Tetapi perincian majlis termasuk bertunang atau terus nikah hanya akan dibincangkan ketika majlis risik minggu depan,” katanya.

Selain Ammar, 28, Che Ta, turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Aniq Ezzra, 24 dan Aaisyah Dhia Rana, 10.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI