fbpx

Cadang tubuh Zon Ekonomi Khas Malaysia -Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat Maris di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand dengan penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula (start-up).

Cadangan itu disampaikan oleh Anwar sewaktu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Thailand, Maris Sangiampongsa di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

“Kami telah membincangkan hasil Lawatan Kerja saya dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisn ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan minggu lalu.

“Selain sektor getah dan makanan, Maris turut dicadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas termasuk penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula.

“Penglibatan mereka boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ, malah saya juga mencadangkan agar Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang sungai Sungai Golok,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam masa sama, beliau dan Maris turut berbincang mengenai pengorekan muara Sungai Golok bagi menangani isu banjir yang mana usaha ini bertujuan membantu komuniti di sepanjang sempadan yang menghadapi masalah banjir hampir setiap tahun.

Selain itu, Perdana Menteri juga menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.

“Kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Ke-7 pada 19 September 2024. Moga hubungan kedua negara berjiran ini terus utuh dan kekal harmoni,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI