fbpx

Bukan durian, tetapi manggis diundi buah paling digemari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail durian dijual di wilayah Chanthaburi, Thailand. - Foto AFP

HANOI – Durian menduduki tempat ketujuh dalam senarai 26 buah terbaik di Asia Tenggara seperti yang diundi oleh pembaca majalah makanan antarabangsa, TasteAtlas, lapor laman berita VnExpress kelmarin.

Buah itu memperoleh 3.6 daripada 5 markah dalam undian tersebut.

“Lazimnya digelar sebagai ‘Raja buah’, durian ialah buah tropika luar biasa yang tumbuh di seluruh Asia Tenggara. 

“Kulit luarnya berduri besar, namun mempunyai rasa berkrim, manis dan terkenal dengan baunya yang luar biasa,” jelas TasteAtlas.

Sementara itu, manggis dipilih sebagai buah terbaik di Asia Tenggara, diikuti oleh rambutan dan calamansi atau lebih dikenali sebagai limau Filipina.

TasteAtlas berkata, penarafan makanannya adalah berdasarkan penilaian khalayak dengan satu siri mekanisme yang mengiktiraf pengguna sebenar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI