fbpx

Bellingham kekal ‘kesayangan’ Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM akan terus menjadi ayam tambatan Real biarpun mereka berjaya mendapatkan khidmat Mbappe. - AFP

MADRID – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti memberi jaminan kedudukan Jude Bellingham sebagai ‘ayam tambatan’ tidak akan berubah meskipun pasukan berjaya mendapatkan khidmat Kylian Mbappe pada bulan lalu.

Menurut Ancelotti, Bellingham akan kekal menjadi tunjang dalam kesebelasan utama dengan peranan selaku pemain yang diberi posisi ‘bebas’ di atas padang diteruskan seperti pada pada saingan musim depan.

“Saya rasa kehadiran Mbappe tidak akan mengubah tugas yang telah diberikan kepada Bellingham sebelum ini. Saya jamin dia akan diberi peranan yang sama seperti kempen musim lalu.

“Kita boleh lihat apa yang dipamerkan sepanjang musim lepas telah mengejutkan ramai pihak kerana mempamerkan kualiti serta kematangan melebihi usianya. Justeru, segalanya akan kekal seperti biasa musim baharu nanti.

“Apa yang pasti, dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam pasukan kami. Saya juga anggap dia pamerkan tugas yang cemerlang dengan membantu England mara ke pentas final Euro 2024 tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan untuk melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti turut mengesahkan skuad The Galacticos tidak akan menandatangani pemain baharu di posisi penjaga gol selepas dikaitkan dengan tonggak pasukan Chelsea, Kepa Arrizabalaga pada jendela perpindahan kali ini.

“Saya rasa kami tiada keperluan untuk menambah penjaga gol baharu. Namun, harus diakui Arrizabalaga beraksi dengan baik sepanjang dipinjamkan bersama pasukan dari Chelsea musim lepas dan kami menghargai jasanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI