fbpx

Ajal rempuh lori sampah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaini (gambar kecil) maut dalam kemalangan di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh belakang lori sampah di Jalan Lencongan Timur, dekat lampu isyarat Taman Cendana, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Muhamad Zaini Zackaria, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori kontena
dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Tikam Batu dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

“Lori sampah jenis Isuzu milik syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. (e-Idaman) dipandu lelaki berusia 59 tahun berhenti di bahu jalan sebelah kiri jalan kerana mengalami kerosakan

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal lalu merempuh belakang lori sampah itu dan mangsa maut serta-merta akibat cedera parah di kepala,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI