SUDAH sah bercerai sejak Mei lalu, namun sengketa antara pasangan selebriti, Ria Ricis dan Teuku Ryan kembali memanas dengan dakwaan terbaharu.
Kedua-duanya saling melontarkan tuduhan dalam media sosial, terutama berkaitan isu kewangan yang disifatkan netizen membuka pekung sendiri.
Dalam Instastory, adik kepada selebriti terkenal, Oki Setiana Dewi itu menuduh bekas suaminya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi nafkah untuk anak tunggal mereka, Moana.
Perkara tersebut berlaku sejak dirinya hamil apabila Teuku Ryan hanya memberi alasan tiada wang sedangkan mampu membeli kereta baharu.
Malah apabila Moana dilahirkan juga dia yang menyara keperluan anak mereka sama ada dari segi makanan dan pakaian.
Menurut Ria lagi, pelakon itu langsung tidak menjenguk anak mereka biarpun ketika ulang tahun kedua Moana pada 26 Julai lalu.