fbpx

375 stesen minyak di Kedah dilarang jual petrol, diesel secara berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Semua pengusaha stesen minyak di negeri ini diarahkan tidak menjual diesel dan petrol secara berulang kepada kenderaan tempatan serta asing pada hari sama bermula hari ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, arahan itu dikeluarkan kepada semua 375 stesen minyak dan pemegang lesen runcit diesel serta semua gred petrol di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan surat arahan tersebut dalam sesi perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha stesen minyak terlibat.

“Arahan ini dikeluarkan mengikut Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 berhubung larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam hari sama kepada kenderaan berpendaftaran Malaysia dan asing yang berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Advokasi dan Serahan Arahan Pengawal Bekalan kepada Pengusaha Stesen Minyak Negeri Kedah di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, katanya, hasil pemantauan KPDN, penjualan diesel di stesen minyak berhampiran sempadan negara mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 40 peratus dengan penyeludupan mula beralih kepada petrol RON95. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI