fbpx

Yu Cheng hilang sejak 25 Mei lalu dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lin Yu Cheng.

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari kediamannya di kondominium Dataran Prima, di sini, sejak 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, remaja yang hilang berusia 14 tahun dan bernama Lin Yu Cheng.

Katanya, pihaknya menerima laporan kehilangan tersebut pada pukul 3.04 petang oleh keluarga remaja itu, semalam.

“Remaja itu berketinggian 155 sentimeter, berat kira-kira 42 kilogram, berkulit warna kuning susu, berambut hitam dan berbibir nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI