fbpx

Walaupun muka saya besar, tapi tak setebal Dominic Lau – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – “Walaupun muka saya besar, tetapi tak setebal Dominic Lau (Presiden Gerakan).”

Demikian kata Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya sama ada akan turut serta dalam kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri.

Menurut beliau, DAP tidak menerima undangan daripada BN untuk turut serta dalam berkempen pada PRK DUN tersebut.

“Kalau ada jemputan kita pergi. Namun, setakat ini tiada lagi jemputan dari mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas program pemantauan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas Persiaran & Ekspres) di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan memaklumkan keperluan DAP turun berkempen membantu calon BN pada PRK Nenggiri tidak terlalu mendesak, memandangkan majoriti pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada Melayu.

Menurutnya, DUN Nenggiri hanya mempunyai 35 pengundi Cina. Ahmad Maslan turut mengucapkan selamat maju jaya kepada calon BN, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani yang bakal bertanding di DUN itu pada 17 Ogos ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI