fbpx

[VIDEO] Walaupun isteri, madu reda hukumnya tetap haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Bola menjelaskan hukum isteri dipaksa tidur dan mandi bersama madu.

PETALING JAYA – Media sosial semalam hangat dengan pendedahan dua wanita yang mendakwa mereka dipaksa oleh bekas suami untuk tidur dan mandi bersama madu.

Tampil meredakan situasi, penyampai radio, Tajdid Hadhari atau Ustaz Bola memuat naik satu video di akaun TikToknya yang menjelaskan hukum berkaitan perkara tersebut.

“Bila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh dan hukumnya haram.

“Dalam hadis Riwayat At Tabrani, bagaimana perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq.

“Nabi SAW bersabda, perbuatan sihaq atau melihat aurat sesama sendiri antara dua wanita itu hukumnya adalah zina. Bahkan dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain.

“Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jaga, tak boleh hukumnya haram,” jelasnya.

Dalam video penjelasan itu, beliau turut berkongsi pendapat Ulama Ibnu Qudamah yang menegaskan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun mendapat reda salah seorang isteri.

“Pendapat ulama Ibnu Qudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami itu tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berjimak, sedangkan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan.

“Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka tidak boleh sekalipun reda keduanya.

“Namun, jika dalam rumah yang sama, tapi bilik berbeza makan dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu (setiap isteri) sama,” katanya.

Selain itu, beliau sempat mengingatkan setiap pasangan suami isteri perlu menjaga adab dan jangan mudah terikut-ikut dengan budaya serta cara kehidupan negara barat yang bebas. – KOSMO! ONLINE

@ustazbola Macam-macam💆🏻‍♂️ #ustazbola #sihaq #musahaqah #zayan #fyp #fypシ ♬ original sound – Ustaz Bola

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI