fbpx

Tetap wakil Malaysia, walau apa pun berlaku – Lee Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Zii Jia ketika meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 semalam.

PETALING JAYA – Spekulasi yang bermain di media sosial menyatakan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia akan mewakili negara lain selepas kecewa dengan cara latihan di kem kebangsaan adalah tidak benar.

Menerusi satu wawancara bersama salah satu rangkaian televisyen tempatan, Zii Jia mengakui dirinya akan tetap mewakili Malaysia walau apa pun yang berlaku ke atas dirinya selama ini.

“Saya boleh cakap, ketika saya hantar surat berhenti itu, saya sudah bersedia untuk menghadapi keadaan yang mana saya tidak akan bermain mana-mana kejohanan selama dua tahun.

“Tapi saya tidak pernah terfikir untuk tukar kerakyataan mana-mana negara. Macam saya cakap, tidak kira apa sekali pun berlaku saya tetap akan mewakili Malaysia,” jelas Zii Jia menerusi wawancara tersebut.

Zii Jia, 26, sebelum ini telah mengejutkan badminton antarabangsa apabila membuat keputusan untuk bergerak solo sebagai pemain profesional pada Januari 2022.

Pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu tekad untuk kekal solo walaupun berdepan desakan daripada pelbagai pihak agar pemain nombor empat dunia itu mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Persekutuan Badminton Malaysia (BAM) mendakwa alasan utama Zii Jia untuk bergerak sendiri disebabkan tekanan yang terlalu tinggi untuk mengikut rejim latihan dalam kem kebangsaan. -KOSMO! ONLNE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI