fbpx

Tarikh baharu keputusan representasi 12 pertuduhan Adam Radlan 4 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Radlan (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, keputusan representasi yang dikemukakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa, belum diperolehi.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd. Zamry pada sebutan kes di hadapan hadapan Hakim Suzana Hussin. Sepatutnya hari ini adalah keputusan representasi itu.

Menurut Mohamad Fadhly tarikh baharu bagi status representasi berkenaan dijangka diperoleh daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ialah pada 28 Ogos ini.

“Atas alasan berkenaan, saya mohon budi bicara mahkamah untuk menetapkan tarikh baharu bagi keputusan representasi itu. Susulan itu, saya juga berhasrat, mahkamah dapat menangguhkan prosiding perbicaraan yang ditetapkan esok, ditangguhkan,” katanya.

Mendengar perkara itu, peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili ahli politik Adam tidak membantah cadangan yang dibuat pihak pendakwaan.

Selepas mendengar makluman daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan 4 September ini bagi keputusan status representasi tersebut.

Pada tahun lalu, Adam Radlan, 43, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan rasuah dan tujuh pengubahan wang haram selepas didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Bagi lima pertuduhan rasuah Adam Radlan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram ahli perniagaan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI