fbpx

Selisih faham dengan bapa sebelum Lin Yu Cheng hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yu Cheng

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan, Lin Yu Cheng yang dilaporkan hilang sejak 25 Mei lalu dipercayai keluar dari kediamannya di kondominium Dataran Prima, di sini selepas berlaku perselisihan faham dengan bapanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, akibat perselisihan faham itu, remaja berusia 14 tahun berkenaan telah keluar rumah dan gagal dihubungi oleh keluarganya sejak 28 Mei lalu.

“Talian itu tidak lagi aktif dipercayai remaja perempuan itu telah mematikan perkhidmatan talian.

“Semalam pula, bapa remaja itu melihat Instagram anaknya yang memaparkan tangan Yu Cheng bertatu dan dipercayai berada di pusat hiburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulnizam, selepas melihat hantaran itu, laporan polis kehilangan Yu Cheng dibuat 73 hari selepas remaja perempuan itu keluar dari rumah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari kediamannya di kondominium Dataran Prima, di sini, sejak 25 Mei lalu.

Yu Cheng berketinggan 155 sentimeter, berat kira-kira 42 kilogram, berkulit warna kuning susu serta berambut hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI