fbpx

Saif Ali Khan kembali ke Istana Pataudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIF kini menjadikan Istana Pataudi sebagai rumah inap percutian keluarganya.

KEHIDUPAN aktor tersohor, Saif Ali Khan yang berasal daripada keluarga diraja sememangnya sentiasa menjadi sorotan ramai termasuk kisah sensasi membabikan Istana Pataudi miliknya.

Istana Pataudi merupakan peninggalan nenek moyangnya merupakan pemerintah Pataudi dari era 1952 hingga 1971.

Pataudi adalah bandar indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaan.

Bapa Saif iaitu Mansoor Ali Khan Pataudi pula merupakan bekas kapten kumpulan kriket India yang juga pewaris kepada Nawab Pataudi.

Selepas Mansoor meninggal dunia, Saif diangkat sebagai pewaris Nawab Pataudi kerana dia dikatakan sebagai putera ke-10 dalam senarai kerabat tersebut.

Seperti putera di negeri lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.

Saif pernah mendedahkan dia terpaksa ‘menebus’ semula hartanah tersebut yang sudah menjadi daripada rangkaian hotel Neemrana menggunakan hasil titik peluh sebagai pelakon. Kini Istana Pataudi kembali menjadi miliknya dan dijadikan rumah penginapan persinggahan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI