fbpx

Rusuhan Britain: Perusuh letupkan kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis dilempar dengan bom petrol di Belfast. - X

LONDON – Beberapa rakaman video menunjukkan detik orang ramai membaling bom petrol ke arah kereta polis ketika rusuhan masih berterusan di sebuah bandar di Britain, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Bom api terus menghujani kawasan Sandy Row di Belfast, Ireland Utara, ketika keganasan berterusan hingga lewat malam. Polis pencegah rusuhan dikerah ke kawasan itu, berhampiran sebuah pasar raya yang dibakar.

Perusuh membaling botol, bom petrol dan papan ke arah kenderaan polis semasa pergolakan tersebut.

Polis anti rusuhan lengkap berperisai dilihat berdiri teguh ketika berdepan dengan perusuh. 

Dalam masa sama, kumpulan pemuda berpakaian hitam juga dilihat membaling batu ke arah kenderaan polis.

Difahamkan, kira-kira 12 orang terlibat dalam keganasan yang disasarkan ke arah kenderaan polis.

“Polis sedang menangani keganasan yang berterusan di Jalan Donegall, selatan Belfast malam ini (semalam).

“Orang ramai diarah mengelak daripada melalui kawasan Jalan Donegall dan Sandy Row. Kemas kini akan diberikan dalam masa terdekat,” kata Perkhidmatan Polis Ireland Utara dalam satu kenyataan.

Perkembangan itu berlaku susulan keganasan pada hujung minggu lalu di Belfast yang menyaksikan banyak premis perniagaan rosak.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI