HANOI – Sejumlah penduduk tempatan memancing ikan di tingkat bawah sebuah bangunan vila yang ditinggalkan di Hanoi, lapor portal berita VnExpress kelmarin .
Seorang lelaki berusia 50 tahun berkata, ruang bawah tanah vila itu ditenggelami air sepenuhnya selepas hujan lebat pada 23 Julai lalu.
Ia menyebabkan ikan-ikan dari kolam berdekatan dihanyutkan ke ruang bawah tanah dan terperangkap di dalamnya.
“Melihat orang lain menangkap ikan tilapia, kakap dan ikan kap, saya dan anak perempuan saya memutuskan untuk turut sama memancing,” katanya.
Beberapa hari lalu, Pham Thi Ha, 33, dari daerah Ha Dong, dan keluarganya menyedari ruang bawah tanah yang ditenggelami air tersebut.
Mereka menyedarinya ketika melalui vila itu yang bernilai berpuluh-puluh bilion dong.
Memandangkan keluarga itu membawa umpan dan peralatan memancing, mereka memutuskan untuk berhenti serta memancing.
Dalam masa kurang dua jam dia telah menangkap lebih 20 ekor ikan, kebanyakannya ikan tilapia. – AGENSI