fbpx

Ramai mahu beli sofa gorila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofa gorila ini didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz. - TikTok

BEIJING  – Sebuah syarikat perabot di China menghasilkan sofa gergasi berbentuk gorila selepas mendapat banyak permintaan bagi produk tersebut, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada April lalu, sebuah blog reka bentuk, Inspiring Designs  memuat naik hantaran memaparkan berpuluh-puluh imej sofa berbentuk gorila yang dijana teknologi kepintaran buatan (AI).

Tidak dapat dipastikan perisian yang digunakan untuk menghasilkan imej tersebut namun, reaksi orang ramai sangat menggalakkan.

Berdasarkan komen pengguna laman sosial, ramai bertanyakan di mana mereka boleh membeli produk tersebut.

Menyedari permintaan yang tinggi,  pemilik syarikat perabot yang menggunakan akaun @sunyaofurniture02 pada platform TikTok, menghasilkan sofa gorila sebenar, didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz.

Menurut laporan, produk itu sudah pun habis ditempah oleh pembeli dan ia dijual di laman e-dagang Amazon pada harga AS$9,995 (RM44,568).

“Di China, semuanya mungkin. Sofa gorila adalah buktinya,” ujar keterangan video kedai perabot tersebut.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI