fbpx

Projek rintis Dasar Gaji Progresif mungkin dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi pada sesi 'town hall' Dasar Gaji Progresif bersama pihak majikan di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh M. FIRDUS M. JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk memanjang tempoh pemberian insentif kepada majikan yang mendaftar bagi projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pada masa ini terdapat keperluan untuk melaksanakan projek rintis DGP terlebih dahulu, sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.

“Fokus kita untuk enam bulan ini (menjalankan sistem), yang mana Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) ambil masa setahun untuk membina dan membangunkan sistem.

“Tempoh 12 bulan ini kemugkinan (majikan) tidak akan bertahan. Dia masuk sistem, kemudian dapat bantuan. Insentif habis, dia turunkan gaji semula.

“Apa kita nak buat ialah berdasarkan 1,000 syarikat yang melalui proses ini, kita akan ada data dan boleh tentukan masa paling optimum untuk bila ia dilaksanakan secara menyeluruh. Adakah 24 bulan, 15 bulan atau 20 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi ‘town hall’ Dasar Gaji Progresif bersama pihak majikan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Rafizi berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan projek rintis DGP kerana ia melibatkan jutaan orang pada skala besar meliputi pekerja dan majikan.

“Kita laksanakan dahulu projek rintis kerana kita perlu mendapatkan dan menyemak ‘learning curve’ daripada pelaksanaannya.

“Apabila kita sudah dapat ‘learning curve’ itu, sistemnya sudah ada, sudah tahu bagaimana perangai majikan dan pekerja, maksudnya untuk memperluaskan skala DGP akan menjadi lebih singkat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menyasarkan seramai 1,000 majikan daripada lima industri bagi pelaksanaan projek rintis tersebut.

“Sehingga kini sebanyak 1,108 syarikat telah mendaftar di dalam sistem (buat akaun). Untuk memohon, mereka perlu menghantar antaranya senarai pekerja, manakala Perkeso akan semak.

“Daripada jumlah itu, seramai 446 syarikat telah mengemukakan permohonan. Kita ada dua, tiga bulan lagi dan proses libat urus serta hebahan diteruskan untuk mencapai 1,000 majikan dalam projek rintis ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI