fbpx

PRK DUN Nenggiri: Peluang BN menang semakin cerah – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (duduk) menandatangani buku lawatan semasa melawat Pusat Media di Nadi, RKT Kesedar Sungai Asap B di Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Peluang calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini dilihat semakin cerah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu berdasarkan penyamaran yang selepas beliau sendiri turun ke beberapa lokasi bertemu penduduk tempatan di kawasan Nenggiri.

Katanya, penyelesaian beberapa isu sebelum kempen pilihan raya telah memberi keyakinan kepada masyarakat di kawasan tersebut yang inginkan perubahan.

“Saya bukan reka cerita. Saya sendiri pergi ke kawasan Kampung Jerek dan Limau Kasturi untuk bertemu dengan penduduk kampung. Sebelum ini, rumah mereka tidak boleh ditembusi calon BN, namun kini sudah boleh.

“Apabila saya melihat permohonan beberapa perkara sebelum ini telah diselesaikan, ini adalah kehendak rakyat yang mahu bantuan daripada agensi pusat serta kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI